Zionis luaskan penempatan haram Gilo, bina 1,200 rumah di atas tanah penduduk Palestin

BEIT LAHM, 12 Mac 2017 (PIC) — Rejim Zionis dilaporkan telah selesai membina infrastrukur bagi membangun 1,200 unit rumah baharu untuk pendatang Yahudi di atas tanah penduduk Palestin di sempadan Wadi Kerimizan di Beit Jala dan perkampungan Walaja dan Sharafat yang dirampas dan diserap sebagai sebahagian daripada kawasan penempatan haram Gilo, sekaligus meluas lagi kawasan penempatan tersebut.

Sebanyak 900 unit rumah akan dibina di atas tanah seluas 20 hektar bagi fasa pertama. Sebanyak 300 unit lagi akan dibina selepas fasa pertama siap.

Tanah tersebut dirampas secara sistematik sejak lama dahulu, di mana pemilik asalnya dilarang membina sebarang bangungan.

Projek ini akan menyebabkan wilayah al-Quds Timur terpisah daripada sebagian kawasan asalnya dari Beit Jala dan Beit Lahm, dan juga wilayah selatan Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts