Zionis Lulus 64 Lagi Perumahan Di Al-Quds

AL-QUDS, 8 Feb 2015 (WorldBulletin) — Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Tempatan Jerusalem telah meluluskan pembinaan sebanyak 64 unit perumahan baharu di kawasan penempatan haram khusus untuk pendatang Yahudi di Ramot, al-Quds Timur.

Kelulusan tersebut telah dibuat beberapa bulan lalu tetapi kebenaran pembinaan diluluskan semula berikutan pindaan ke atas perancangan pembinaan asal.

Rejim Zionis menjajah wilayah al-Quds Timur dalam peperangan pada tahun 1967. Mereka kemudiannya menguasai keseluruhan kawasan kota suci itu pada tahun 1980 dan mendakwanya sebagai ibukota negara Yahudi, satu dakwaan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Undang-undang antarabangsa menetapkan Tebing Barat dan al-Quds Timur sebagai wilayah yang terjajah dan semua penempatan Yahudi di kawasan tersebut adalah haram dan melanggar undang-undang.

Zionis melancarkan kempen yahudisasi secara agresif ke atas kota suci umat Islam itu, dengan tujuan untuk melenyapkan identiti Arab dan Islam. Mereka juga berusaha menghalau keluar penduduk Palestin dengan menghalang kebenaran pembinaan bangunan dan merampas atau merobohkan rumah sedia ada.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts