Zionis lulus undang-undang bagi mendenda laman media sosial

NAZARETH, 21 Julai 2016 (PIC) — Rejim Zionis semalam meluluskan satu undang-undang baharu yang membolehkan laman media sosial didenda sekiranya tidak membuang paparan atau artikel berbentuk anti-penjajahan atau mencetus keganasan.

Undang-undang yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Revital Swid dari parti Kesatuan Zionis itu akan akan memberi syarikat pengendali laman media sosial termasuk Facebook, YouTube dan Twitter, tempoh selama 48 jam untuk membuang artikel atau paparan berkenaan.

Syarikat pengendali laman tersebut akan didenda sebanyak $78,000 bagi setiap paparan. Sekiranya pengendali laman media sosial secara sengaja tidak membuang paparan tersebut, contohnya selepas paparan tersebut dipetik oleh agensi media utama, denda ke atas mereka akan digandakan.

Sepanjang Mac lalu, sebanyak 296,000 artikel dan 136,000 foto dipaparkan di laman Facebook dalam setiap minit. Facebook mempunyai pengguna aktif seramai 1.09 bilion orang setiap hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts