Zionis lulus undang-undang iktiraf pos penempatan haram di Tebing Barat

BEIT LAHM, 13 Nov 2016 (Maan) — Jawatankuasa Undang-Undang Kementerian Zionis petang semalam sebulat suara meluluskan satu undang-undang yang akan mengiktiraf pos-pos penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, sekaligus memberi petanda bahawa kawasan Tebing Barat itu akan diserapkan ke dalam wilayah mereka.

Undang-undang tersebut akan hanya terpakai ke atas pos penempatan haram yang melibatkan campur tangan pihak berkuasa, termasuk pos haram Amona. Ia akan menafikan hak pemilik asal tanah membuat rayuan di mahkamah.

Peguam Negara Zionis sebelum ini memberi amaran bahawa mereka tidak akan dapat membuat pembelaan ke atas undang-undang tersebut di Mahkamah Tinggi, kerana ianya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Terdapat 196 penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan al-Quds. Tambahan 232 lagi pos-pos penempatan haram Yahudi dibina, yang bukan sahaja mencabul undang-undang antarabangsa, bahkan juga undang-undang negara Yahudi itu sendiri. Namun pihak berkuasa rejim sering mengiktiraf pos-pos tersebut secara individu, dengan mengisytiharkannya sebagai penempatan rasmi.

Keputusan Mahkamah Agung Zionis pada tahun 2008 memerintah supaya pos Amona dikosong dan dimusnahkan sebelum akhir Disember 2016. Proses perundangan mengambil masa yang panjang kerana pendatang berusaha membuat rayuan dengan mendakwa mereka telah membeli tanah tersebut. Namun siasatan polis pada tahun 2014 mendapati semua dokumen pembelian adalah palsu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts