Zionis Luluskan Pembinaan 2,200 Unit Perumahan Baharu Yahudi

AL-QUDS, 31 Mac 2015 (IMEMC) — Jawatankuasa Perancangan Dan Pembangunan rejim Zionis di kawasan Al-Quds yang terjajah telah meluluskan rancangan pembinaan 2,200 unit penempatan haram Yahudi di kawasan kejiranan As-Sawahra yang terletak di antara Jabal al-Mokabber dan Abu Dis dir Al-Quds Timur.

Menurut kenyataan media Zionis, rancangan baharu ini bertujuan untuk “menghalalkan” rumah-rumah yang dibina tanpa kebenaran dan seterusnya membina apa yang digelar sebagai “kemudahan awam.”

Isnin lalu, jawatankuasa tersebut telah meluluskan pembinaan 142 unit perumahan baharu di kawasan penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di Jabal Abu Ghneim (Har Homa). Pembinaan yang akan bermula dalam masa terdekat itu merupakan sebahagian daripada rancangan projek “Har Homa C” yang menyasarkan pembinaan dua buah bangunan yang mengadungi 50 unit setiap satu dan sebuah lagi bangunan yang mengadungi 42 unit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts