Zionis luluskan pembinaan 7,000 rumah penempatan haram di kota al-Quds

AL-QUDS, 26 Jun 2017 (IMEMC) — Pejabat Perdana Menteri Zionis meluluskan permohonan Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Zionis di al-Quds untuk membina 7,000 buah rumah di blok-blok penempatan haram Yahudi di kota suci al-Quds.

Pembinaan tersebut melibatkan 3,400 buah rumah baharu di Gilo, 2,190 di Har Homa, 920 di Pisgat Zeev, 500 di Ramat Shlomo dan 94 di Ramot.

Undang-undang antarabangsa telah memutuskan bahawa semua kawasan penempatan tersebut dibina secara haram di atas tanah penduduk Palestin.

Menurut kenyataan pihak rejim, pembinaan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan masalah perumahan bagi pasangan-pasangan muda Yahudi, memandangkan al-Quds tidak lagi mempunyai banyak kawasan tanah simpan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts