Zionis Luluskan Projek Penempatan Terbesar Di Plaza Al-Buraq

AL-QUDS, 1 Dis 2015 (PIC) — Pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu, memutuskan untuk mengkaji semula keputusan beliau untuk menggantung kelulusan bagi sebuah projek pembinaan di plaza al-Buraq di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan Netanyahu itu memberi laluan kepada proses mendapatkan kelulusan terakhir sebelum pembinaan dimulakan. Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Daerah Zionis mengadakan perbincangan selama tiga jam, namun tidak mendedahkan sebaranga maklumat memandangkan kedudukan projek tersebut yang sangat sensitif.

Projek kontroversi Beit Haliba merupakan projek penempatan yang terbesar di Al-Quds. Ia melibatkan pembinaan sebuah bangunan pejabat, sebuah pusat maklumat pelancung dan sebuah muzium di plaza Al-Buraq. Projek ini akan dibina di atas tapak Kawasan al-Magaribah yang telah dimusnahkan pada tahun 1967.

Kelulusan projek ini merupakan satu pencabulan terhadap status quo Masjid Al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts