Zionis luluskan rang undang-undang mengiktiraf pos penempatan haram

RAMALLAH, 6 Dis 2016 (PIC) — Parlimen Zionis semalam meluluskan rang undang-undang yang akan mengiktiraf dan mengesahkan pos penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah milik persendirian penduduk Palestin di Tebing Barat.

Dengan undian sebanyak 60 menyokong dan 49 membantah, rang undang-undang tersebut akan dibentangkan untuk perbahasan pusingan pertama hari ini.

Pindaan ke atas rang undang-undang itu bagaimanapun mengecualikan pos penempatan haram Amona yang dihuni oleh 40 keluarga pendatang Yahudi.

“Negara Israel” berhak memberi “hak menggunakan” tanah milik persendirian penduduk Palestin kepada pendatang Yahudi, tetapi tidak mempunyai hak pemilikan. Sementara penduduk Palestin yang mempunyai bukti pemilikan tanah akan dibayar pampasan.

Koordinator Khas PBB, Nickolay Mladenov, menyifatkan rang undang-undang tersebut sebagai langkah untuk menyerapkan sebahagian wilayah Tebing Barat ke dalam negara haram Yahudi itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts