Zionis mula bina kawasan campuran jantina di Tembok al-Buraq

BAITULMAQDIS, 7 Feb 2018 — Rejim Zionis memulakan kerja pembinaan kawasan baharu yang membenarkan lelaki dan wanita Yahudi bercampur bebas melakukan ritual di Tembok al-Buraq di barat Masjid al-Aqsa.

Projek yang digelar “Kompromi Tembok Barat” itu dilaksanakan selepas rundingan di antara puak ortodoks dan golongan reformasi Yahudi sejak 2012, selepas didesak oleh kumpulan liberal feminis Yahudi.

Sebelum ini, wanita Yahudi diasingkan dari kaum lelaki dengan binaan sekatan dan mereka tidak dibenarkan membaca “kitab Taurat” secara nyaring di tembok tersebut.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts