Zionis mula bina tembok laut di sempadan Gaza

GAZA, 28 Mei 2018 — Tentera penjajah Zionis Ahad lalu memulakan kerja pembinaan tembok laut sepanjang 60 kilometer berdekatan penempatan haram Zikim yang bersempadan dengan wilayah utara Gaza, sebagai usaha menghalang serangan pasukan komando laut Hamas.

Keputusan membina tembok tersebut dibuat selepas empat pejuang Hamas berjaya membolosi pengkalan tentera Zikim melalui laut dalam serangan pada tahun 2014. Seorang askar Zionis telah terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan tersebut.

Tembok tersebut mempunyai tiga lapisan; satu lapisan di bawah air, satu lapisan batu penghadang ombak, serta satu lapisan atas air yang dibentengi dengan kawat berduri. Seluruh sekatan tersebut kemudiannya akan dikelilingi dengan satu lagi lapisan pagar.

Kenyataan Menteri Perang Zionis menyebut bahawa tembok seperti itu merupakan satu-satunya yang pernah dibina di dunia, sekaligus memberi tamparan hebat kepada Hamas.

Kerja pembinaan tembok bernilai tiga bilion shekel (RM3.4 bilion) itu dijangka siap menjelang akhir tahun 2018.

(PIC, Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts