Zionis mula pasang tanda jalan “Kedutaan Amerika” di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 7 Mei 2018 — Menjelang majlis perasmian pejabat Kedutaan Amerika di Baitulmqdis minggu hadapan, pihak berkuasa Zionis hari mula memasang tanda-tanda jalan di kota suci umat Islam itu.

Papan-papan tanda penunjuk arah itu ditulis dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Ibrani dan Arab. Ia dipasang berdekatan sebuah bangunan konsul Amerika di selatan kota Baitulmaqdis, yang dijadikan sebagai pejabat sementara Kedutaan Amerika.

Pejabat Kedutaan Amerika di Baitulmaqdis akan dirasmikan pada 14 Mei, setelah dipindahkan dari kota Tel Aviv. Tindakan tersebut adalah susulan keputusan Presiden Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis itu pada bulan Disember lalu, sekaligus mengiktiraf kuasa Zionis ke atas kota ketiga paling suci bagi umat Islam.

(PIC, PNN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts