Zionis mula pembinaan tembok bawah tanah di sempadan Gaza

AL-QUDS, 7 Sep 2016 (MEMO) — Tentera Zionis telah memulakan kerja pembinaan tembok bawah tanah di sepanjang sempadan Gaza.

Tembok sepanjang 96 kilometer itu akan dibina sehingga beberapa puluh meter ke dalam tanah dan beberapa meter lagi di atas tanah, bagi menghalang ancaman terowong bawah tanah.

Ia merupakan projek terbesar pernah dilaksanakan dalam tentera Zionis, dan dianggarkan menelan belanja sebanyak US$568 juta.

Bagaimanapun, setakat ini hanya US$159 juta dapat diperuntukkan oleh pihak rejim.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts