Zionis musnahkan 150 pohon zaitun di Wadi Qana

SALFIT, 3 Apr 2017 (Maan) — Pihak berkuasa taman dan alam sekitar Zionis pagi tadi mencabut 150 pohon zaitun milik pentani Palestin di kawasan Wadi Qana, di barat perkampungan Deir Istiya, Salfit.

Pihak Zionis mendakwa tanaman tersebut merosakkan pemandangan alam semulajadi ke atas kawasan rizab alam semulajadi, di mana tanaman pertanian tiadak dibenarkan.

Peliknya, Wadi Qana dikelilingi oleh lapan penempatan haram Yahudi yang dikembangkan di atas “kawasan rizab” tersebut sejak tahun 1970-an, sedangkan petani Palestin dilarang menanam atau membuat sebarang binaan di atas tanah mereka sendiri di situ. Air kotoran dari kawasan penempatan haram turut dibuang ke sungai di kawasan tersebut.

Wadi Qana adalah sebuah kawasan pertanian dan rekreasi bagi penduduk Palestin di situ, namun diisytiharkan sebagai rizab alam semulajadi sejak tahun 1983. Menurut pertubuhan hak asasi B’Tselem, rejim Zionis menggunakan alasan tersebut bagi memusnahkan tanaman dan memaksa penduduk asal keluar dari situ.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts