Zionis musnahkan perkampungan al-Araqib buat kali ke-101

GURUN NAQAB, 27 Julai 2016 (PIC) — Polis Zionis memusnahkan perkampungan Badwi Palestin al-Araqib buat kali ke-101 pagi tadi, atas alasan ianya dibina semula tanpa kebenaran pihak berwajib Zionis.

Polis Zionis mengiringi sepasukan buldozer, memasuki perkampungan al-Araqib sejak awal pagi untuk merampas sebidang tanah seluas 325 ekar. Tanah tersebut telah cuba dirampas pada tahun 2011, tetapi gagal setelah dihalang oleh para penduduk.

Mereka kemudian meroboh semua rumah sementara dan kemah di situ.

Al-Araqib merupakan salah satu daripada lebih 35 perkampungan Badwi Palestin di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Ia dimusnahkan buat pertama kali pada 20 Jun 2010.

Tindakan rejim Zionis ini bagaimanapun semakin menguatkan semangat penduduk untuk tetap tinggal di atas tanah asal mereka itu, di mana mereka akan sentiasa membina semula rumah dan kemah selepas dimusnahkan oleh pihak rejim.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts