Zionis Musnahkan Pohon Zaitun Dan Sumber Air

o-1AL-KHALIL, 22 Julai 2015 (Maan) — Tentera Zionis hari ini memusnahkan 450 pohon zaitun, meratakan tanah dan memusnahkan sebuah perigi sumber air yang dibina sejak era Roman di kampung Beit Ula, setelah mendakwa kawasan tersebut sebagai milik rejim Zionis.

Menurut laporan ahli jawatankuasa masyarakat Beit Ula, Issa al-Imla, pohon-pohon zaitun berumur lebih 10 tahun tersebut dimiliki oleh seorang petani Palestin, Farid Abd al-Latif al-Imla. Manakala tanah yang diratakan adalah milik Abd al-Qader al-Imla.

Tentera turut memusnahkan sebuah perigi yang dibina pada zaman Roman serta menceroboh masuk kawasan Attus dan al-Mekheh di barat Beit Ula dan memusnahkan tanaman di situ.

27 Januari lalu, sebuah mahkamah Zionis mengeluarkan arahan supaya ratusan ekar tanah penduduk Palestin di barat Beit Ula dirampas. Sebahagian besar kawasan di perkampungan Beit Ula dikategorikan sebagai Kawasan A dan B, yang ditadbir oleh Palestinian Authority. Kawasan di penjuru barat bersempadan negara haram Israel diletak dalam Kawasan C yang ditadbir dan dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis.

Tentera Zionis dan pendatang Yahudi sering memusnahkan tanaman zaitun bagi menghalau petani Palestin meninggalkan tanah mareka akibat kehilangan pendapatan utama bagi menyara keluarga.

Sejak 1967, sekitar 800,000 pohon zaitun telah dimusnahkan di Tebing Barat.

o-2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts