Zionis paksa keluarga Palestin di Silwan kosongkan rumah

AL-QUDS, 1 Julai 2016 (PIC) — Krew perbandaran Zionis yang diiringi oleh sekumpulan polis menyerang masuk kawasan kejiranan al-Basateen di bandar Silwan untuk menyerahkan notis arahan kepada sebuah keluarga Palestin supaya mengosongkan rumah mereka.

Keluarga Basheer diberi tempoh 10 hari sebelum rumah mereka dirobohkan.

Rumah tersebut dibina semula beberapa tahun lalu setelah dirobohkan oleh tentera Zionis pada tahun 2005.

Ziois merancang untuk memusnahkan 100 buah rumah, yang menjadi tempat berteduh kepada 1,650 penduduk Palestin, di kawasan kejiranan al-Basateen bagi tujuan membina sebuah taman.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts