Zionis panjangkan waktu bagi pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 5 Dis 2016 (Maan) — Pihak polis Zionis hari ini memutuskan untuk memanjangkan lagi waktu bagi pendatang Yahudi dan orang bukan Islam menceroboh masuk ke perakarangan Masjid al-Aqsa.

Sebelum ini mereka hanya dibenarkan berada di tapak suci umat Islam itu sehingga jam 7:30 pagi. Kini tempoh itu dilanjutkan sehingga jam 11:00 pagi.

Menurut perjanjian di antara rejim Zionis dan kerajaan Jordan pada tahun 1967, walaupun orang bukan Islam dibenarkan memasuki perkarangan masjid, mereka tidak dibenar melakukan apa-apa ritual atau aktiviti keagamaan.

Pendatang Yahudi yang sentiasa diiringi oleh pasukan keselamatan bersenjata bagaimanapun sering mengambil kesempatan untu menghasut para jemaah dengan melakukan ritual Talmud di perkarangan al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts