Zionis pecah masuk rumah dan culik 13 penduduk Tebing Barat dan al-Quds

AL-QUDS, 5 Mei 2016 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis hari ini menculik sekurang-kurangnnya 13 penduduk Palestin, termasuk tiga orang dari kawasan al-Quds.

Dalam kejadian di Aqbat as-Saraya di Kota Lama al-Quds, polis Zionis menculik paramedik Wisam Hammouda selepas memecah masuk rumah beliau dan kemudian membawanya ke sebuah pusat interogasi.

Beberapa buah rumah di daerah Issawiya di al-Quds Timur digeledah, di mana Aya Mohammad Hindi, 17, dan Omar Mona, 15, diculik. Omar ditangkap hanya sehari selepas beliau dibebaskan dari sebuah pusat interogasi Zionis.

Di bandar Beit Fajjar, selatan Beit Lahm, tentera penjajah memecah masuk rumah dan menculik empat pemuda Ahmad Saleh Thawabta, 21, Fayez Mohammad Taqatqa, 19, Omar ‘Ayed Taqatqa, 20, dan Mohammad Jihad Taqatqa, 21.

Dua bersaudara Hatem dan Ali Ahmad Sabarna diculik dalam operasi tentera di bandar Beit Ummar di utara al-Khalil. Seorang lagi pemuda Talal Abu Sneina diculik dari kota al-Khalil.

Banyak rumah penduduk Jenin dipecah masuk dan pemuda Shadi Nimir Salah, 25, turut diculik.

Manakala di Silwan, Atef Rawhi Salah, 44, diculik dari rumahnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts