Zionis Penjara 1,500 Penduduk Palestin Sejak Jun

arrestRAMALLAH, 3 Ogos 2014 (Maan | PIC) — Kementerian Hal Ehwal Tahanan Palestin mendedahkan bahawa bilangan rakyat Palestin yang dipenjarakan meningkat dengan ketara sepajang tempoh serangan Zionis ke atas Gaza. Sekitar 500 orang ditangkap di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang bulan Julai.

Pengarah Biro Statistik kementerian berkenaan, Abd al-Nasser Farwana, dalam kenyataannya semalam menyebut lebih 1,500 orang Palestin telah ditangkap oleh rejim Zionis sejak bulan Jun lalu. Manakala lebih 200 penduduk Gaza telah ditangkap, sungguhpun sebahagian daripada mereka telah dibebaskan. Bahkan ramai daripada pendudk Palestin ditahan tanpa diketahui oleh pihak kementerian.

Kini sekurang-kurangnya 6,500 rakyat Palestin ditahan di penjara Zionis, di mana 250 orang daripadanya adalah kanak-kanak, 19 wanita, 37 orang ahli parlimen dan 75 orang yang telah dibebaskan dalam perjanjian tebusan Shalit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts