Zionis Penjara Lebih 200 Kanak-Kanak Palestin

AL-QUDS, 5 Apr 2015 (MEMO) — Lebih 200 kanak-kanak Palestin sedang dipenjara oleh rejim Zionis, di mana majoritinya ditahan di penjara Ofer berdekatan Ramallah serta penjara Megiddo dan penjara Sharon di utara negara haram itu. Manakala dua kanak-kanak perempuan yang berumur 16 dan 17 tahun ditahan di penjara Hasharon.

Menurut kenyataan Palestinian Prisoners Society (PPS), kempen penangkapan kanak-kanak Palestin meningkat sejak pertengahan tahun 2014, khususnya selepas meningkatnya ketegangan di Al-Quds di mana ratusan kanak-kanak telah ditangkap.

“Zionis menangkap sekurang-kurangnya dua orang kanak-kanak di Al-Quds setiap hari,” kata kenyataan media PPS.

Wilayah Al-Khalil menjadi tempat kedua paling ramai kanak-kanak ditangkap, selepas Al-Quds Timur. Sekurang-kurangnya 70 orang kanak-kanak Palestin ditangkap di Al-Khalil sejak awal tahun 2015.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts