Zionis perbaharui tempoh tahanan pentadbiran ke atas Sheikh Mazen al-Natsheh

AL-KHALIL, 11 Okt 2016 (PIC) — Rejim Zionis hari ini memperbaharui tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan buat kali kedua berturut-turut ke atas pemimpin Hamas, Sheikh Mazen al-Natsheh.

Tahanan ke atas beliau dilanjutkan selama enam bulan lagi atas alasan “fail rahsia.”

Beliau dikenakan tahanan pentadbiran sejak ditangkap pada 18 April lalu, setelah tentera Zionis memecah masuk rumahnya di al-Khalil.

Sheikh Mazen pernah merengkok dalam penjara Zionis selama lebih 12 tahun, kebanyakannnya di bawah tahanan pentadbiran. Beliau pertama kali ditangkap dan dipenjara selama sebulan pada tahun 1991, ketika masih belajar di sekolah menengah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts