Zionis perhebat aktiviti penempatan haram, cabul resolusi PBB

AL-QUDS, 9 Jan 2017 (PM) — Jurofoto kumpulan Activestills, Ahmad al-Bazz, menerbitkan sebuah video yang dirakam pada awal tahun ini bagi membuktikan bahawa rejim Zionis terus giat membina penempatan haram di Ariel dan Leshem di Tebing Barat tanpa menghormati resolusi PBB.

Pada 23 Disember 2015, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi 2334 yang menetapkan bahawa aktiviti penempatan haram Yahudi adalah satu pencabulan undang-undang antarabangsa dan tidak sah.

Pada masa yang sama, rejim Zionis masih mengabaikan arahan mahkamah supaya mengosongkan pos penempatan haram Amona sebelum 15 Disember lalu. Sebaliknya pihak rejim meluluskan rampasan sebidang tanah milik penduduk Palestin bersebelahan Amona pada 2 Januari lalu, untuk memindahkan pendatang dari Amona.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts