Zionis perhebat usaha Yahudisasi al-Quds selepas keputusan undian UNESCO

AL-QUDS, 17 Okt 2016 (PIC) — Ketua Jawatankuasa Kekebasan Awam di wilayah Palestin 1948 yang terjajah, Sheikh Kamal Khatib, mendedahkan bahawa rejim Zionis telah mengambil kesempatan dari keputusan deraf resolusi UNESCO, yang menafikan kaitan al-Aqsa dengan Yahudi, dengan memperhebat serangan provokatif mereka terhadap masjid suci itu.

Sungguhpun beliau melihat keputusan UNESCO itu sebagai satu langkah yang betul, Sheikh Khatib memberi amaran tentang kepentingan langkah seterusnya bagi menangani keganasan dan permusuhan pelampau Yahudi ke atas penduduk Palestin.

Beberapa pertubuhan pendatang Yahudi bertindak balas ke atas keputusan UNESCO dengan menyeru pengikut mereka mengadakan pencerobohan secara besar-besaran ke atas tapak masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

Oleh itu, kata beliau, penduduk Palestin harus bersedia untuk mempertahankan al-Aqsa dan tapak-tapak suci Islam yang lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts