Zionis potong bekalan air untuk penduduk Palestin di Salfit

SALFIT, 7 Jun 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Zionis memotong bekalan air ke kota Salfit di tengah Tebing Barat pada hari Ahad dan Isnin tanpa memberi sebarang alasan.

Berikutan masalah bekalan air ketika umat Islam menyambut awal Ramadan itu, pihak perbandaran Salfit menyeru penduduk Palestin mencatu penggunaan dan membeli takungan air sebagai persiapan kemungkinan krisis berlarutan.

Syarikat air Zionis, Mekorot, merupakan satu-satunya sumber pembekal air bagi kota Salfit. Rejim Zionis mengeksploitasi sumber air di kawasan Salfit, dengan memaksa penduduk Palestin membeli air pada harga yang terlalu tinggi dan kadar yang terhad. Sedangkan pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram boleh membeli dengan harga yang tersangat murah tanpa sebarang had.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts