Zionis rampas rumah penduduk Palestin di Al-Quds

AL-QUDS, 22 Dis 2015 (Silwanic) — Tentera penjajah Zionis merampas dan mengosongkan sebuah rumah penduduk Palestin di kawasan Oqbat Al-Saraya di Kota Lama Al-Quds pagi tadi, atas alasan ianya dimiliki oleh pendatang Yahudi.

Tentera dilaporkan memecah masuk rumah milik Hussein Qaisi itu, mengeluarkan sebahagian barangan serta menukar kunci pintu masuk dan kemudian menangkap pemiliknya.

Pendatang Yahudi mendakwa mereka menjadi pemilik rumah tersebut sejak sebelum tahun 1948. Rumah tersebut merupakan sebahagian daripada bangunan milik Hussein Qaisi yang dirampas sejak beberapa tahun lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts