Zionis rampas tanah untuk bina taman khusus Yahudi di Beit Lahm

BEIT LAHM, 1 Ogos 2018 — Rejim Zionis hari ini memulakan kerja-kerja pembinaan sebuah taman khusus untuk pendatang Yahudi di atas 10 hektar tanah penduduk Palestin yang dirampas di perkampungan Beit Ta’mir di timur kota Beit Lahm.

Projek di kawasan yang terletak di antara penempatan haram Nokdim dan Kfar Eldad itu melibatkan pembinaan jalan-jalan baharu dan penanaman pokok bagi menghubungkan dua penempatan tersebut.

Rejim Zionis memperhebat projek-projek penempatan haram di Beit Lahm kebelakangan ini. Minggu lalu, mereka telah meluluskan pembinaan 270 buah rumah baharu di kawasan penempatan haram Neve Daniel dan Kfar Eldad.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts