Zionis Rancang Bahagikan Al-Aqsa Di Antara Muslim dan Yahudi

Israel-AqsaAL-QUDS, 20 Okt 2014 (WAFA) — Parlimen Zionis (Knesset) dijangka akan memutuskan satu usul baharu bulan depan mengenai cadangan untuk membahagikan Masjid al-Aqsa kepada orang Islam dan Yahudi mengikut masa dan kawasan tertentu.

Melalui usul tersebut kaum Yahudi akan diberi kebenaran untuk memasuki Masjid al-Aqsa dengan bebas, sebagai salah satu daripada cadangan dalam memberi hak persamaan untuk beribadah bagi orang Islam dan Yahudi. Dengan cadangan ini, kawasan dan masa tertentu di dalam masjid suci itu akan diberikan kepada kaum Yahudi untuk menjalankan upacara keagamaan dan “ritual Talmud” mereka.

Melalui usul ini juga penduduk Islam dan para jemaah masjid tidak boleh lagi melakukan protes apabila pendatang atau kaum Yahudi menceroboh masuk ke kawasan masjid, di mana denda akan dikenakan ke atas mereka yang menganjur atau menyertai aktiviti yang menghalang Yahudi masuk.

Usul yang dicadangkan oleh rejim Zionis ini jelas cuba mengambil contoh daripada apa yang telah mereka lakukan ke atas Masjid Ibrahimi di al-Khalil. Pada tahun 1994, tentera Zionis telah membahagikan masjid bersejarah itu kepada dua kawasan, satu sebagai ruangan masjid untuk Muslimin dan satu lagi kawasan sinagog untuk penganut Yahudi. Sungguhpun mereka dibenarkan masuk ke kawasan yang telah ditetapkan itu, para jemaah Muslimin terpaksa melalui sekatan dan pemeriksaan ketat, termasuk alat pengesan logam, untuk memasukinya sedangkan pendatang Yahudi bebas memasukinya dengan membawa senjata.

Masjid Ibrahimi juga sering ditutup sepenuhnya kepada orang Islam bagi memberi laluan kepada pendatang dan pemuda Yahudi masuk terutama di musim perayaan mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts