Zionis rancang bina lebih 1,000 rumah penempatan haram di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 3 Julai 2018 — Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Zionis hari ini memohon kelulusan enam projek membina 1,064 unit rumah baharu di kota Baitulmaqdis Timur, melibatkan perluasan kawasan penempatan haram Pisgat Zeev.

Rancangan tersebut, melibatkan pembinaan di atas tanah penduduk Palestin di kawasan kejiranan Beit Hanina dan bandar Hizma, merupakan projek terbesar di Baitulmaqdis sejak dua tahun lalu.

Lebih 700,000 pendatang Yahudi menduduki kawasan-kawasan penempatan haram di Tebing Barat.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts