Zionis rancang bina ratusan rumah penempatan haram di Jabal al-Mukaber

AL-QUDS, 22 Okt 2017 — Buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, rejim Zionis merancang untuk membina ratusan unit rumah baharu untuk penempatan haram Yahudi di kejiranan Jabal al-Mukaber di kota suci al-Quds.

Pembinaan tersebut melibatkan 176 buah rumah dan perluasan kawasan kejiranan Yahudi di Nov Tsiyon, yang dibina di atas tanah penduduk Palestin.

Menurut media Zionis, rancangan tersebut dibuat berikutan semakin kurang tekanan Amerika ke atas aktiviti penempatan haram Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts