Ringkasan

Zionis Rancang Penggalian Baharu Di Bawah Al-Aqsa

terowongAL-QUDS, 15 Feb 2015 (IMEMC) — Sebuah pertubuhan sayap kanan Yahudi, Yayasan Warisan Tembok Barat, telah mengeluarkan pekeliling menjemput bidaan bagi kerja-kerja penggalian terowong di bawah Masjid al-Aqsa.

Ahmad Qurei, seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO yang bertanggungjawab ke atas jabatan hal ehwal al-Quds, dalam kenyataannya menyebut bahawa kerja-kerja penggalian akan bermula pada 20hb Februari. Sambil menyifatkan tindakan pertubuhan Yahudi itu sebagai sangat berbahaya, Ahmad Qurei melaporkan bahawa jurutera dan kontraktor Zionis telah membuat tinjuan di kawasan al-Aqsa secara rahsia beberapa hari lalu, bagi membuat kajian sebelum menghantar bidaan.

Menurut Ahmad Qurei, Zionis telahpun menggali puluhan terowong di bawah Kota Lama al-Quds dalam usaha mereka untuk menghalau penduduk asal Palestin dan menggantikan mereka dengan pendatang Yahudi. Salah satu daripada jaringan terowong tersebut menghubungkan Tembok Barat di Masjid al-Aqsa dengan Ein Silwan. Manakala sebuah lagi terowong menghubungkan Tembok Barat dengan sekolah Omari di kawasan penempatan orang Islam.

Kerja-kerja penggalian juga sedang dijalankan bagi menghubungkan penempatan-penempatan haram Yahudi di Kota Lama.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts