Ringkasan

Zionis Rancang Pintu Kedua Khusus Untuk Pendatang Yahudi Masuk Al-Aqsa

pintu-aqsaAL-QUDS, 6 Okt 2014 (WorldBulletin) — Kementerian Pelancongan rejim Zionis mencadangkan sebuah lagi pintu masuk ke dalam perkarangan Masjid al-Aqsa dibuka khusus untuk pendatang Yahudi. Buat masa ini pendatang Yahudi hanya dibenarkan masuk melalui pintu Magharbeh.

Menurut laporan Radio Tentera Zionis, kementerian berkenaan sedang mengkaji perancangan bagi membenarkan pendatang dan pelancong Yahudi memasuki masjid suci itu melalui pintu Al-Qataneen.

Beberapa bulan kebelakangan ini kumpulan pelampau pendatang Yahudi dengan diiringi oleh pihak keselamatan Zionis sering menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa. Manakala wanita Muslim dilarang masuk kerana mereka dikatakan sering menghalang pergerakan Yahudi ketika berada di perkarangan al-Aqsa. Rejim Zionis juga menghalang kemasukan lelaki Muslim yang berumur di bawah 50 tahun.

Terdapat 17 pintu masuk ke Masjid al-Aqsa, di mana tujuh daripadanya ditutup.

Tentera Zionis merampas kawasan Al-Quds Timur dalam peperangan tahun 1967 dan kemudiannya meluaskan kawasan yang dirampas meliputi kota cusi al-Quds pada tahun 1980. Al-Quds, atau Jerusalem, dijadikan ibukota kepada negara Zionis itu – satu pengisytiharan yang tidak pernah diiktiraf oleh pihak antarabangsa.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts