Zionis Rasmikan Sinagog Yahudi di Tembok al-Buraq

AL-QUDS, 19 Dis 2017 — Sebuah sinagog besar Yahudi yang dibina dalam terowong di bawah tanah Tembok Buraq telah dirasmikan hari ini.

Sinagog yang dibina dengan rekaan arkitek khusus itu memaparkan ruangan dinding yang bertulis lembaran Taurat, di samping susunan puluhan kerusi lengkap dengan meja melengkung.

Pembinaannya memakan masa selama 12 tahun, termasuk kerja-kerja penggalian terowong.

Bersempena dengan perasmian itu juga Menteri Kebudayaan Zionis, Mery Regev, telah mencadangkan kerja-kerja penggalian lebih lanjut di bawah tapak Masjid al-Aqsa kononnya untuk mengesan tapak asas kuil Yahudi.

(PIC, MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts