Zionis roboh 2 rumah penduduk al-Quds

AL-QUDS, 18 Apr 2017 (PIC) — Pihak berkuasa rejim Zionis pagi tadi meroboh dua buah rumah karavan milik Mohammad Shqeirat dan Ammar Hededoun di Jabal al-Mukkaber di tenggara al-Quds atas alasan tidak mempunyai kebenaran pembinaan.

Rumah milik Ammar dihuni oleh tujuh orang termasuk lima kanak-kanak dimusnahkan tanpa sebarang notis awal. Ia dibina pada tahun 2011 setelah rumah lamanya dirobohkan pada tahun 2009 atas alasan yang sama.

Manakala rumah milik Mohammad yang menelan belanja hampir US$27,500 masih belum sempat diduduki. Beliau bersama 10 ahli keluarganya merancang untuk pindah ke rumah yang dibina di atas tanahnya sendiri itu setelah pihak rejim memusnahkan rumah lama mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts