Zionis roboh rumah dan bangsal pertanian penduduk Palestin di Beit Lahm

BEIT LAHM, 16 Mac 2016 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi memusnahkan sebuah rumah penduduk Palestin di bandar al-Khader di selatan Beit Lahm, atas alasan tidak mempunyai kebenaran pembinaan.

Rumah milik keluarga Judah Masoud Mousa seluas 200 meter persegi itu didakwa dibina di dalam kawasan yang dikategorikan oleh rejim sebagai Kawasan C – yang dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis.

Tentera penjajah turut merobohkan bangsal pertanian milik petani Amir Hussein al-Kamil di bandar Wadi Rahhal di Beit Lahm.

Perjanjian Oslo II membahagikan tanah Palestin kepada tiga kategori.

Kawasan A meliputi 18% wilayah Tebing Barat meliputi bandar utama Palestin dan dikawal serta diurus oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Kawasan B, 22% daripada keluasan Tebing Barat, merupakan kawasan luar bandar dan dikawal oleh tentera Zionis namun ditadbir urus oleh PA.

Manakala semua kawasan yang mengelilingi Kawasan A dan B dikategori sebagai Kawasan C. Ia merangkumi 60% wilayah Tebing Barat, iaitu seluas 330,000 hektar, yang dikawal dan ditadbir sepenuhnya oleh tentera rejim. Bagaimanapun PA bertanggungjawab menyediakan kemudahan pendidikan dan perubatan bagi penduduk Palestin di Kawasan C ini.

Lebih 99% Kawasan C menjadi kawasan laragan ke atas penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts