Zionis Roboh Rumah Hakim Palestin

TULKAREM, 9 Mac 2015 (WorldBulletin) — Tentera Zionis menceroboh masuk perkampungan Al-Jaroushiyya di daerah Tulkarem dan merobohkan sebuah rumah milik seorang hakim Mahkamah Rayuan Palestin, Kefah Abd al-Rahim al-Shouli.

Ketua majlis perbandaran, Rafaat Ahed, dalam kenyataannya menyebut, “Tentera Zionis menceroboh masuk perkampungan al-Jaroushiyya dan merobohkan sebuah rumah dua tingkat milik Kefah Abd al-Rahim al-Shouli atas alasan pembinaan tanpa permit.” Menurut Rafaat lagi, Kefah bagaimanapun tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak berkuasa Zionis.

Perkampungan al-Jaroushiyy terletak di dalam “Kawasan C” yang merangkumi hampir dua pertiga keluasan Tebing Barat dan dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis, sepertima telah dipersetujui dalam Perjanjian Oslo Kedua.

Penduduk Palestin di Kawasan C lazimnya dihalang daripada membina bangunan kerana kawasan tersebut terletak di bawah pentabdiran awam dan kawalan keselamatan rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts