Zionis Robohkan Rumah, 51 Hilang Tempat Tinggal

demolishAL-QUDS, 29 Ogos 2014 (IMEMC) — Pihak berkuasa rejim Zionis merobohkan enam buah rumah penduduk Palestin di sini, meninggalkan 51 orang tanpa tempat untuk berteduh. Insiden terbaharu ini menjadikan jumlah mereka yang kehilangan tempat tinggal di Al-Quds dan Tebing Barat sepanjang tahun ini kepada 752 orang.

Pekerja pentadbiran awam Zionis dilaporkan menceroboh masuk kejiranan Sheikh Anbar di perkampungan Zuayyim tanpa memberi sebarang notis. Beberapa bangunan dirobohkan atas alasan pembinaan tanpa kebenaran.

Bangunan-bangunan tersebut dimiliki oleh keluarga al-Saidi, al-Jahalin dan Abu al-Hawa, di samping lima buah rumah dan tiga kandang ternakan. Keluarga terbabit tidak diberi peluang untuk menyelamatkan harta mereka, sehingga menimbulkan ketegangan.

Menurut salah seorang mangsa, Khader al-Saidi, keluarganya tinggal di kawasan tersebut sejak 1950-an. Mereka juga telah membeli tanah seluas 3 dunam (1 dunam = 10 ekar) itu sejak 10 tahun lalu. Zionis telah merobohkan bangunan milik keluarganya sebanyak tiga kali dalam tempoh dua tahun lalu.

Permit pembinaan bangunan adalah suatu yang sangat sukar untuk diperolehi oleh penduduk Palestin. Sedangkan lebih 500,000 pendatang Yahudi dibenarkan membina bangunan dan tinggal di kawasan tersebut secara haram.

Lebih 27.000 rumah dan bangunan milik penduduk Palestin telah dimusnahkan oleh rejim Zionis sejak mereka menduduki Tebing Barat pada tahun 1967. Sepanjang tahun ini sahaja, lebih 377 bangunan dan harta milik penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds timur dimusnahkan oleh rejim Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts