SALFIT, 16 Apr 2018 — Penduduk Palestin di perkampungan al-Zawiyeh di Salfit berhadapan dengan rampasan tanah yang lebih luas apabila rejim Zionis membuat keputusan untuk meneruskan pembinaan keretapi ringan khusus untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat, yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Al-Zawiyeh terletak kurang 10 kilometer dari garisan sempadan, di laluan lebuhraya utama yang menghubungkan kawasan tengah negara haram Zionis ke Ariel. Ariel merupakan penempatan haram terbesar di Tebing Barat dan mendapat status kotaraya pada tahun 1998. Pada tahun 2010, Benjamin Netanyahu telah mengisytihar kawasan tersebut sebagai “ibukota Judea dan Samaria”.

Bulan lalu Menteri Pengangkutan Zionis, Yisrael Katz, mengumumkan rancangan projek pembinaan keretapi bernilai $US1.16 bilion bagi menghubungkan penempatan haram Ariel dengan kota-kota besar di negara haram itu.

Menurut perancangan asal pada tahun 2012, projek tersebut melibatkan pembinaan landasan keretapi sepanjang 475 kilometer dari al-Khalil di sebelah selatan hingga ke Jenin di sebelah utara, dan merentas dari timur ke barat.

(MEE)

SHARE