Zionis sekat komunikasi tahanan mogok lapar

GURUN NAQAB, 2 Mei 2017 (EI) — Rejim Zionis menghalang usaha rundingan dan menyekat saluran komunikasi dengan tahanan mogok lapar yang berterusan sejak 16 hari lalu.

Seramai hampir 1,600 tahanan Palestin menyertai mogok lapar bagi membantah layanan buruk pihak penjara, termasuk mengabaikan keperluan rawatan dang menghalang lawatan keluarga.

Pihak rejim cuba menghalang sebaran maklumat tentang tahanan yang menyertai mogok itu dengan mengurung pemimpin mereka dalam kurungan berseorangan dan menghalang peguam mengunjungi mereka.

Sabtu lalu, pihak penjara mengarahkan syarikat komunikasi supaya menyekat signal di kawasan barat Gurun Naqab bagi menghalang tahanan di penjara Ketziot dan Nafha berkomunikasi. Sekatan tersebut bagaimanapun dihapuskan apabila dibantah oleh penduduk Yahudi sendiri, kerana mengganu saluran komunikasi mereka.

Sebelum ini, pegawai penjara merampas garam daripada tahanan mogok lapar, yang digunakan untuk menstabilkan kesihatan mereka serta mengelakkan masalah kesihatan jangka panjang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts