Zionis Sekat Ubat Ke Gaza

gaza-ubatBETHLEHEM, 16 Nov 2012 – Pihak Otoriti Palestin (PA) mendakwa rejim pengganas Zionis Yahudi menyekat usaha membawa bantuan perubatan ke Gaza di satu sekatan (checkpoint) di sini.

Ma’an News Agency melaporkan bahawa Menteri Kesihatan Otoriti Palestin, Dr Hani Abdeen telah menghantar 15 buah trak membawa 200 kotak ubat-ubatan beserta peralatan perubatan ke Gaza. “Kami menghantar kumpulan pertama ubat-ubatan itu pagi tadi, dan sekarang masih menunggu kebenaran untuk meneruskan perjalanan ke Gaza,” kata beliau.

Menteri tersebut turut mendakwa bahawa beberapa pertubuhan antarabangsa telah berjanji untuk membantu PA mendapatkan kebenaran rejim Zionis bagi menghantar bantuan perubatan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts