Zionis Sempitkan Kawasan Tangkapan Ikan Gaza

gaza-fishermenGAZA, 6 Julai 2014 (WB) — Rejim Zionis memutuskan untuk mengurangkan keluasan kawasan bagi nelayan Palestin menangkap ikan dari enam batu nautikal kepada tiga batu nautikal dari pantai Gaza.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian Palestin, rejim Zionis telah mengeluarkan notis kepada para nelayan Gaza tentang keputusan itu dan melarang mereka daripada memasuki kawasan di luar had.

Tindakan Zionis itu bakal memberi kesan buruk kepada ribuan nelayan Gaza, kerana usaha menangkap ikan dalam kawasan sejauh hanya 3 batu nautikal tidak akan memberi hasil yang mengcukupi. 50,000 daripada 1.8 penduduk Gaza bergantung kepada industri perikanan.

Kementerian mendesak kerajaan Mesir supaya campur tangan dalam perkembangan ini, atas kapasiti mereka sebagai penaja gencatan senjata pada tahun 2012.

Menurut Perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin dibenarkan menangkap ikan di lautan Mediterranean itu sehingga 20 batu nautikal dari pantai Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts