Zionis Serang Beberapa Kawasan di Gaza

gazaGAZA, 16 Jun 2014 — Beberapa orang penduduk Gaza dilaporkan tercedera dalam serangan peluru berpandu tentera udara Zionis ke beberapa daerah di wilayah yang terkepung itu awal pagi tadi.

Dalam serangan ke atas kawasan Safeena yang menempatkan Jabatan Siasatan Umum Polis Gaza, dilaporkan tiga tercedera dan kemusnahan teruk ke atas harta benda.

Kawasan sekitar Menara al-Maqussi di barat Gaza City turut menjadi sasaran. Manakala serangan ke atas kawasan Abu Jarad di tenggara Gaza City menyebabkan dua penduduk awam tercedera.

Pusat Penyembelihan Haiwan milik Majlis Perbandaran Gaza turut menjadi sasaran dua tembakan peluru berpandu helikopter Apache. Dua orang tercedera dan beberapa buah bangunan serta rumah berdekatan mengalami kerosakan.

Jet-jet Zionis dilaporkan terbang berlegar di ruang udara Gaza secara meluas, manakala berpuluh-puluh kenderaan tentera dikerahkan berhampiran sempadan di utara dan timur Gaza.

Tentera Zionis menyerang beberapa kawasan di Gaza sejak tiga hari lalu berturut-turut.

——

Sumber : IMEMC, PNN

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts