Zionis Serang Dan Culik Pemuda di Kem Aida

bethlehemBETHLEHEM, 15 Ogos 2014 (IMEMC) — Tentera Zionis menculik seorang pemuda Palestin setelah menembak beliau di kem pelarian Aida di utara Bethlehem.

Tentera berpakaian awam dilaporkan menceroboh masuk ke dalam kem tersebut menggunakan kenderaan plat lesen Palestin dan kemudian menembak Arafa Abu Srour, 25 tahun, sebelum menculik beliau.

Berikutan kejadian tersebut, puluhan lagi tentera Zionis memasuki kem dan melepaskan tembakan peluru hidup, bom gas dan grenad, menyebabkan kecederaan di kalangan penduduk. Mereka meninggalkan kawasan kem dengan membawa mangsa culik ke tempat yang tidak diketahui.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts