Ringkasan

Zionis Serang Gaza, 7 Tercedera

Petugas perubatan Palestin merawat mereka yang tercedera di sebuah hospital di Gaza City
Petugas perubatan Palestin merawat mereka yang tercedera di sebuah hospital di Gaza City

GAZA CITY, 17 Mei 2012 — Agensi Berita Maan melaporkan tujuh orang penduduk Gaza tercedera awal pagi tadi apabila tentera Zionis Yahudi menyerang beberapa kawasan di Beit Lahiya di utara Gaza, dan juga timur Gaza.

Jurucakap perubatan Gaza, Adham Abu Salmiya, menyebut dua daripada mereka mengalami kecederaan serius manakala lima lagi cedera ringan. Kebanyakan daripada mereka yang tercedera ini adalah petani.

Maan juga melaporkan bahawa jentera-jentera berat tentera Zionis turut menceroboh masuk ke daerah timur Gaza di Khan Younis.

Media Zionis Yahudi turut mendakwa seorang askar Yahudi terbunuh dan beberapa yang lain tercedera apabila kereta kebal mereka terbakar selepas diserang balas oleh pejuang-pejuang Palestin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts