Zionis Serang Sekolah PBB

unrwaGAZA, 22 Jul 2014 (Maan | AFP) — Sebuah sekolah milik PBB/UNRWA di Al-Maghazi yang memberi penempatan sementara kepada penduduk Gaza telah menjadi sasaran serangan tentera Zionis.

Menurut kenyataan UNRWA, pegawai mereka telah mendapat kebenaran rejim Zionis untuk memerika bangunan sekolah yang telah dibom sehari sebelumnya. “Semalam kami mendapat laporan sekolah ini telah dibom. Kami menghantar pegawai untuk memeriksa di bahagian kebakaran yang berlaku,” kata pegawai UNRWA tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan. “Mereka pergi membuat pemeriksaan setelah mendapat kebenaran tentera Zionis. Apabila mereka tiba di sana, mereka diserang.” Tidak ada kecederaan dilaporkan.

UNRWA memberi penempatan sementara kepada lebih 100,000 penduduk Gaza di lebih 60 buah sekolahnya di seluruh Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts