Zionis Serang Sekolah UNRWA, Lima Tercedera

unrwaGAZA, 24 Jul 2014 (Maan) — Agensi pelarian PBB di Palestin, UNRWA menyatakan bahawa lima orang penduduk Gaza tercedera apabila tentera Zionis telah menyerang sebuah sekolah mereka yang dijadikan tempat penginapan sementara kepada 1,550 penduduk Palestin. Serangan tersebut merupakan kali ketiga dilakukan ke atas sekolah-sekolah UNRWA di Gaza.

Sekolah Perempuan Deir al-Balah itu diserang pada jam 7:45 pagi hari Rabu.

Terdahulu pada hari Selasa, tentera Zionis menyerang Sekolah Perempuan al-Maghazi yang juga menempatkan penduduk Gaza yang kehilangan tempat berteduh. Serangan tersebut dibuat ketika pegawai UNRWA sedang memeriksa kerosakan akibat serangan yang dilakukan pada sehari sebelumnya.

Selain daripada mereka yang kehilangan rumah, sekolah-sekolah UNRWA juga dibanjiri oleh penduduk Gaza yang diancam oleh Zionis supaya meninggalkan rumah mereka dan berpindah ke tempat yang lebih selamat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts