Zionis sewakan tanah milik penduduk Palestin kepada pendatang Yahudi

BEIT LAHM, 3 Ogos 2016 (Maan) — Pertubuhan hak asasi Peace Now semalam mengecam tindakan rejim Zionis yang menyewakan tanah milik penduduk Palestin kepada pendatang Yahudi.

Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha menempatkan semula pendatang Yahudi dari pos penempatan haram Amona di Nablus yang diarah meninggalkan kawasan tersebut oleh Mahkamah Agung Zionis.

Tanah tersebut disewakan untuk tempoh selama tiga tahun, yang boleh diperbaharui setiap kali tamat tempoh sewaan.

Rejim Zionis mengguna pakai Undang-Undang Harta Yang Ditinggalkan 1950, yang membenarkan pemerintahan rejim memindahkan harta milik penduduk Palestin yang didakwa tidak menetap di Tebing Barat kepada penduduk Yahudi dengan membuat bayaran kepada “Penjaga Harta Yang Ditinggalkan.” Dengan itu tanah tersebut akan didakwa sebagai milik rejim melalui penerimaan bayaran, bukan dirampas.

Penduduk Palestin tidak dapat tinggal di tanah asal mereka itu kerana pelbagai langkah pihak rejim menjadi halangan. Mereka akan dikira sebagai meninggalkan harta walaupun tidak tinggal di tanah tersebut hanya untuk beberapa hari.

Pada tahun 1997, 2003, 2004, dan 2008 Mahmakah Agung Zionis mengarah supaya pos haram Amona dimusnahkan setelah meluluskan petisyen lapan penduduk Palestin yang mendakwa pos tersebut dibina di atas tanah persendirian penduduk Palestin. Namun hanya enam bangunan dirobohkan pada tahun 1996. 40 keluarga pendatang Yahudi masih tinggal di situ.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts