Zionis tangguh pelaksanaan meluaskan kawasan penangkapan ikan di Gaza

GAZA, 2 Nov 2016 (PIC) — Pihak berkuasa rejim Zionis menangguhkan pelaksanaan untuk meluaskan kawasan tangkapan ikan di perairan Gaza.

Keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang notis, setelah berjanji pada awal bulan lalu untuk membenarkan nelayan Gaza belayar sehingga sembilan batu nautikal dari pantai sepanjang bulan November, iaitu tiga batu nautikal lebih jauh daripada kebenaran sedia ada.

Sebagai sebahagian daripada langkah sekatan ke atas Gaza, rejim Zionis tidak membenarkan nelayan belayar melebihi enam batu nautikal. Sedangkan Perjanjian Oslo menetapkan bahawa zon tangkapan ikan di Gaza adalah sehingga 20 batu nautikal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts