Zionis Tangkap Pesakit Gaza Yang Pulang Dari Rawatan Di Turki

nabGAZA, 13 Sept 2014 (PIC) — Pihak berkuasa Zionis menangkap seorang pesakit bersama ibunya di lapangan terbang Ben Gurion ketika dalam perjalanan pulang dari rawatan di Turki.

Laporan Palestinian Center for Human Right (PCHR) semalam menyebut pihak perisik Zionis menahan salah seorang pesakit, Maher Said Abdul Nabi, 22 tahun, bersama ibunya ketika dalam perjalanan pulang setelah mendapatkan rawatan di Turki selama dua minggu.

Ibunya dibebaskan namun pemuda tersebut masih berada dalam tahanan. PHCR melahirkan kebimbangan pemuda tersebut akan didera oleh tentera Zionis.

Siasatan sedang dilakukan bagi mengenal-pasti punca tangakapan tersebut. PCHR turut mendesak pihak berwajib berusaha menyelamatkan Maher.

Maher yang berasal dari Beit Lahiya di utara Gaza telah dipindahkan ke sebuah hospital di Turki untuk mendapatkan rawatan kecemasan akibat kecederaan di bahagian perut pada 28 Ogos lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts