Zionis tangkap semula lebih 57 bekas tukaran tahanan

GAZA, 19 Jun 2016 (PIC) — Sekurang-kurangnya 57 bekas tahanan Palestin yang dibebaskan dalam pertukaran tahanan Wafa al-Ahrar telah ditangkap semula oleh tentera Zionis.

Pusat Kajian Tahanan Palestin dalam laporan mereka menyebut bahawa penangkapan semula itu merupakan pencabulan ke atas syarat-syarat pertukaran tahanan yang telah dibuat lebih dua tahun lalu, di mana 110 tahanan Palestin dibebaskan. Mesir yang menjadi pihak perunding dan penasihat dikritik kerana tidak menghiraukan pencabulan oleh rejim Zionis itu.

10 daripada mereka yang ditangkap semula itu telah dijatuhkan semula hukuman terdahulu, termasuk hukuman penjara seumur hidup.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts