Zionis Tangkap Semula Samer Issawi

issawiAL-QUDS, 23 Jun 2014 — Tentera Zionis menangkap semula ikon tahanan Palestin Samer al-Issawi. Beliau yang telah dibebaskan setelah menjalani mogok lapar selama sembilan bulan ketika dalam tahanan telah ditangkap dirumahnya di perkampungan al-Issasiya di Al-Quds Timur.

Tentera Zionis menyerang kampung tersebut dan bertempur dengan penduduk, sebelum memecah masuk rumah al-Issawi dan menangkap beliau.

Terdahulu, seramai 37 penduduk Palestin di Tebing Barat ditangkap dan diculik dalam operasi hari ke-11 pencarian tiga peneroka Yahudi yang hilang di al-Khalil.

Tentera Zionis menjalankan operasi mencari dengan menceroboh masuk 80 lokasi perkampungan Palestin di sekitar al-Khalil, Jenin dan Beit Awwa. Mereka juga membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah di Nablus dan kem pelarian Balata dan menangkap beberapa penduduk termasuk Salih Saadi al-Amir, Taha Salous, Ahmad al-Tanbour, Abd al-Rahman al-Bishtawi dan Amir Ishtayya.

Keseluruhannya seramai 471 orang Pelstin, termasuk 11 ahli parlimen, telah ditangkap sejak kehilangan Yahudi tersebut. Lima rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk dua ditembak mati Ahad lalu. Zionis juga menutup sekatan jalanraya utama bagi penduduk al-Khalil sekaligus menyekat pergerakan 600,000 orang penduduknya.

——

Sumber : Maan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts